Friday, August 17, 2012

Karut

aku ni orang ganu
dakyoh kabo pon orang tahu
hor la duduk luor berape taong pong lidoh masih kaku nok berbahasa baku
tu baru bahasa melayu dok dengor lagi english aku
wak is your neng? doksoh kate orang, aku sendiri rase cendeng
mungkin jugok banyok sangat makang kepok lekor, ikang singgang dan jugok budu
bukang nok jumud tapi tu memang gaye aku
meh nok kabo ser ke awok mu
saing aku bukang sekador orang ganu
orang kedoh orang kelate orang johor semua aku buat gu
tapi soal bahase aku tetap jugok gitu
orang tengok atah bowoh atah bowoh macang aku makhluk asing
doh ye ar kasut high top, jeans skinny gaye abih modeng
bila keluor je perkataan dari mulut, la orang ganu je boh
kate ar nok kate mende, aku sebenornye dok kesoh
bukang awok ye wi aku makang kedaroh
dok, jangang saloh sangke, aku bukang maroh bukang bekeng
cuma sekadar nok kabo aku punye peseng
supaya orang pahang orang andersteng, i eng wak i eng











Monday, July 23, 2012

Pulang

Kepulangan gua ke kampung halaman kali ini adalah dengan misi untuk meraikan Ramadhan pertama bersama keluarga. Gua ni jenis lelaki keluarga(family man). Apa-apa pun keluarga di dahulukan pencapaian diutamakan. Macam biasa lepas selesai bersantap gua terus bersiap untuk ke surau. Gua godek almari selama 5 minit, akhirnya gua kenakan baju melayu sepasang bersama songkok 3 inci yang dah lama gua tinggalkan. "Dah macam YB nak melawat kawasan" ujar gua penuh keyakinan. Gua keluar bilik, abang gua dah sedia berada dalam kereta. Sepantas ayam katik gua berlari ke kereta takut ditinggalkan.


Baru saja gua melangkah masuk ke surau, bahu gua ditepuk kuat. "La, balik bukan nak cakap!" ujar si Boboi kaki lepak gua bila di kampung. Boleh tahan kurang adab si Boboi ni. Bukan nak salam cium tangan gua ke apa.  Gua buat buat muka terkejut. " Mana gua tau lu ada sini, apa lu dah berenti kerja kat Shah Alam tu?". "Aku amik cuti la. Ha!, Azroy pon ada sekali kat sini. Dia ajak lepak malam ni." "Comel la kalu gitu." gua mengangkat ibu jari tanda setuju.


Seperti mana belia yang lain, selepas 8 rakaat gua terus bangkit dan menuju ke kereta. Sekembali ke rumah gua terus ke dapur untuk mengisi kekosongan perut gua setelah berterawih sebentar tadi. Perut gua penuh berisikan keropok lekor bukti gua belia Terengganu sejati. Hampir-hampir terlupa akan janji gua nak keluar lepak sama Boboi & Azroy. Gua terus ke bilik dan capai baju petang tadi, "Wangi lagi ni." gua sarungkan baju petang tadi beserta seluar pendek belang-belang ala nak lepak Keyel , oh Keyel, Oh lupa bilang gua ni Keyel (Maaf gua lupa diri sebentar). Selang beberapa minit, Perodua Viva putih Boboi masuk perkarangan rumah gua.


Gua dan Boboi terus gerak ke rumah Azroy, sempat jugak gua dimaki sedas dua bila Azroy tau gua ada balik. Sesampai di kedai, masing-masing bukak cerita. Azroy, seorang yang gua tengok ada future menyatakan dia dapat offer untuk tukar kerja. Tukar kerja setahun sekali sudah menjadi kebiasaan Azroy. melihat keadaan Azroy sekarang, gua percaya dia akan hidup lebih steady dikala umurnya mencapai 30an. Boboi pulak masih lagi dengan kerja lamanya walaupun tiap kali jumpa pasti ada luahan hati berkenaan tempat dia bekerja. Gua masih lagi dengan status seorang pelajar senior lupa diri.


Pabila kerusi sudah terasa panas, 3 jantan pingitan ni buat keputusan untuk tukar port ke Pantai Batu Buruk. Mungkin kerana mood tepi pantai, kita orang mula bercerita pasal jodoh, mengenangkan masing-masing sudah cukup umur untuk menjadi bapak budak. Azroy bukak cerita "Aku nak bakal bini aku bukan lokal. maksud aku berasal dari negeri lain. supaya berlaku percambahan minda." Gua dah agak si Azroy akan cakap macam ni. Azroy ni bukan jenis fikiran mudah, apa-apa yang dibenak fikiran dan diluahkan pasti menjana minda. Gua percaya bakal bini Azroy bukan calang-calang, pasti paling kurang seorang doktor. Boboi ketika ini diam membisu. Gua dan Azroy sudah faham kerana soal jodoh ni memang berat bagi Boboi. Makwe idaman sudah menjadi tunangan orang. Sering hal ini gua dan Azroy jadikan bahan kutukan dan gurauan. Azroy yang lebih-lebih, bukan gua. Tanpa disedari waktu terus berlalu.




"Aku nak cari durian lah." ujar Boboi. gua tengok jam dah hampir 12.30. "Mana nak cari durian waktu gini?"  sahut gua kurang yakin. "Kita terai tengok kat Pasar Payang." Azroy memberi cadangan.


Perodua Viva putih meluncur laju ke Pasar Payang.....



Saturday, June 23, 2012

Sudah tiba masanya

Lama betul gua tak hapdet belog. Mimpi apa gua hapdet sekarang? Gua baru aje lepas stalk belog satu awek ni yang gua kenal ikut tuiter. Kira awek tuiter ni berjaya menggetarkan naluri jantan liar gua untuk terus berbeloging. Basah gua bila baca belog beliau. Tolong jangan pikir lucah.


Gua memang jarang betul berjalanbelog (blogwalking) ni atas sebab musabab tak nak gaya penulisan gua meniru gaya-gaya mana-mana beloges. Ok gua tipu, memang gua tak suka membaca. Tolong jangan cakap lu beloger dan lu tak tiru gaya penulisan mana-mana beloger. sedikit sebanyak memang ada jugak lu tiru orang. Tak nak mengaku tak apa, gua report kat cikgu. Kahkahkah lawak kan?kan?kan? fak yu kalau lu cakap tak lawak.


Lepas ni gua berjanji kat diri sendiri, lu orang dan semua orang kampung Seberang Baroh, gua akan hapdet paling kurang sebulan sekali. Itu pun kalau tak ada halangan. Kita merancang tuhan yang menentukan, jodoh pertemuan di tangan tuhan. Mungkin ini yang lebih baik. Eceyh! dramatik tak ayat gua?kahkahkah. siapa-siapa yang cakap gua tipu dan kurang yakin, lu orang kena ingat, Ummi gua tak ajar gua menipu dan gua sayang Ummi gua.


Gaya penulisan gua ni gua ejas sikit kasi kemas keming atas sebab semasa kehilangan gua dalam dunia beloging ni gua aktif menajamkan skill penulisan gua kat alam tuiter. Dan juga supaya penulisan gua ni matching sama tuit gua umpama kasut Supra sama skinny jeans gamaknya. Tapi perubahan ni tak adalah ketara perbezaan macam Maikel Jeksen era The Jeksen 5 dengan sebelum beliau menjadi arwah.

Kepada yang belum folo gua kat tuiter, akan gua sertakan link tuiter gua di akhir penulisan ini,

Sekian, Wassalam


ni link tuiter gua, tak nak folo gua tacing
https://twitter.com/#!/JatMusa



Friday, September 30, 2011

Pelajar Terbaik

Sial betul la mata ni, time macam ni lah kau nak tertutup. Aku pandang kiri kanan, tak ada orang. tengok jam handphone, patut lah, dah pukul 6 pagi. Padan muka kau, awal-awal tak nak study pukul 9 pagi nak exam, pukul 6 kau tengah study lagi. 

Dulu masa sekolah tak nak belajar rajin-rajin, sekarang membawak ke alam universiti pulak. Perangai tak berubah. Aku tension! tension! tension!. Eh, apa hal aku maki diri sendiri ni. Dah la, pergi mampos dengan study. time macam ni bukan study sangat dah, kepala otak gua dah melayang jauh. dari aku membazir masa,baik aku layan tidur kejap. Kalau tak tidur langsung karang time exam mesti kepala otak blank. Dah ada ilmu sedikit cukup lah.kalau total blank baik tak payah study.

Aku capai bantal kerusi, sorong bawah kepala. Aku memang dah biasa tidur floor bawah.Kadang-kadang tidur sorang, kadang-kadang berteman.bilik aku cuma jadi tempat tukar baju. Tilam pun aku tak pernah ada. aku bukan apa, tidur kat tingkat atas panas gila wei, pernah sekali aku tidur, bangun mandi,sambung tidur balik, bangun mandi lagi, sampai 3 kali aku mandi. kalau tidur atas lantai ni,sampai ke petang pon boleh tak sedar. hurm, kalau orang tengok, keadaan aku ni elok sedikit berbanding pengemis. At least aku ada tempat berlindung dari hujan & panas. 

Sebelum tidur macam biasa kepala otak aku melayang entah kemana. Eh, apa hal gelap semacam ni? takkan blackout pulak? tiba-tiba aku dengar ada orang panggil nama aku. dari jauh aku nampak ada 'benda' mendekati. Ah sudah, aku panik. nak lari tak tau kemana. keadaan sekeliling terlampau gelap. makin lama 'benda' tu makin dekat, kaki aku kaku, sampai depan mata, aku tengok benda tu bermata merah, rambut menggerbang, memang horror la wa cakap sama lu. Argh! aku jerit tapi suara tak keluar. terasa ingin pengsan. 

Tapi tiba-tiba 'benda' tu berubah, eh, daripada hantu jadi awek cun la pulak, mimpi jenis apa ni?so kita orang borak-borak lah. katanya nama dia Nisa,tengah baik punya sembang,tiba-tiba aku terdengar suara Gebeng. "Cer,bangun Cer" ujar Gebeng. Babi! kacau betul, tak nampak ke aku tengah sembang dengan awek cun ni. aku bukak mata, aku tgk ketepi, Gebeng tengah duduk atas kerusi sambil tangannya memegang notes. "pukul berapa?" tanya aku. "pukul 8"ujar Gebeng, sambil mata sedang memandang ke arah notes. aku bingkas bangun, naik atas,masuk bilik capai tuala, terus ke bilik mandi. sekarang, setelah beberapa tahun aku terfikir, itu mimpi aku yang paling paling paling indah(nak menunjukkan sangat indah), walaupun tidur sekejap, badan aku terasa segar macam dah tidur 6 jam saranan doktor.

Hurm, Nisa I miss you, bila nak masuk mimpi saya lagi?

Tuesday, July 12, 2011

aku anak seni

Aku jumpa aku punya masterpiece masa budak2 dulu. cakap banyak tak guna, korang baca je...


SEEMS TO BE RIGHT


Lies of the innocent spread,
turns the roses black.
A young girl denying the light,
believing in dark.
Seems to be right...


The jealousy blade thrust a man's heart,
he's bleeding white.
Forgetting the past,
he killed his own laugh.

The darkest mind rules the world of black hearts,
overjoy the wickedness of a crippled beast.
Seems to be right...


His name is nothing,
killed by the words,
symphony of his death heard by the deaf,
seen by the blind.
Seems to be right...


Loyal army led by king of lust,
crossing the red river,
to the war of love.
Nothing to gain,
nothing to lose.
Seems to be right...


Confessions of right mind.
Holding tight what seems wrong,
letting go his pride.
Bullet of doubt through his head,
He died broken hearted.
What seems right wont always be right,
What seems wrong will always thought wrong.



p/s :  agak2 boleh buat lirik tak?

Sunday, May 29, 2011

Ganu Gangster

Apa akan jadi kalau KL Gangster berlaku Di Terengganu?

cubaan untuk translate trailer kl gangster untuk menjadi satu produk negeri terengganu

SCENE KELUAR JAIL
Supi : Gane cuti panjang boh? dak dok?
Ereng  : cuti abih doh la.


SCENE ADY PUTRA
Tere : Abang dok abang, sape kaca aku gandeng.


SCENE  SYAMSUL YUSUF
Samso : Hor toh, abang besor tubek dok starang doh. aku ingat mu mapuh kerah doh.
Samso : Dok kire doh mu abang long ke, ayohnde ke, ganu ni aku pegang wekmok.


SCENE AARON AZIZ
Ereng : tunggu aku mapuh lu ar baru aku senyak


OK!! TIME TO SLEEP

Wednesday, April 6, 2011

Dilema Balik Kampung

Asal plak aku nak dilema bila balik kampung? cerita dia macam ni....tiap kali balik kampung mesti awek aku ajak kahwin. dia tak tau ke aku ni seorang jantan liar yang tak mungkin akan setia pada yang satu?aku bukan apa, aku tak berapa nak berkenan ar ngan perangai family dia terutama mak dia yang suka memperlekehkan aku sebab aku tak berupa, tak berharta & kurang ilmu agama ni. abang dia plak kaki pow. jumpa aku je mesti nak pow,apa kau ingat aku ni mesin atm kau?atm pon at least nk draw kena ada baki. Lu apa ada?habuk pn tarak. Lagi satu, perkara paling penting, kalau aku dah kahwin ngan dia, Lisa aku nak letak kat mana? dah la Lisa baru menang anugerah bintang populer kategori pelakon filem wanita paling populer. Memang aku takkan lepas ar dia. Aku bukan BODOH...

Oops...terlebih sudah. orang yang kenal aku mmg tau ar kan tu cerita tipu. Aku sebenarnya tension bila balik kampung je mesti overdose masakan ibu. baler baler....