Friday, September 30, 2011

Pelajar Terbaik

Sial betul la mata ni, time macam ni lah kau nak tertutup. Aku pandang kiri kanan, tak ada orang. tengok jam handphone, patut lah, dah pukul 6 pagi. Padan muka kau, awal-awal tak nak study pukul 9 pagi nak exam, pukul 6 kau tengah study lagi. 

Dulu masa sekolah tak nak belajar rajin-rajin, sekarang membawak ke alam universiti pulak. Perangai tak berubah. Aku tension! tension! tension!. Eh, apa hal aku maki diri sendiri ni. Dah la, pergi mampos dengan study. time macam ni bukan study sangat dah, kepala otak gua dah melayang jauh. dari aku membazir masa,baik aku layan tidur kejap. Kalau tak tidur langsung karang time exam mesti kepala otak blank. Dah ada ilmu sedikit cukup lah.kalau total blank baik tak payah study.

Aku capai bantal kerusi, sorong bawah kepala. Aku memang dah biasa tidur floor bawah.Kadang-kadang tidur sorang, kadang-kadang berteman.bilik aku cuma jadi tempat tukar baju. Tilam pun aku tak pernah ada. aku bukan apa, tidur kat tingkat atas panas gila wei, pernah sekali aku tidur, bangun mandi,sambung tidur balik, bangun mandi lagi, sampai 3 kali aku mandi. kalau tidur atas lantai ni,sampai ke petang pon boleh tak sedar. hurm, kalau orang tengok, keadaan aku ni elok sedikit berbanding pengemis. At least aku ada tempat berlindung dari hujan & panas. 

Sebelum tidur macam biasa kepala otak aku melayang entah kemana. Eh, apa hal gelap semacam ni? takkan blackout pulak? tiba-tiba aku dengar ada orang panggil nama aku. dari jauh aku nampak ada 'benda' mendekati. Ah sudah, aku panik. nak lari tak tau kemana. keadaan sekeliling terlampau gelap. makin lama 'benda' tu makin dekat, kaki aku kaku, sampai depan mata, aku tengok benda tu bermata merah, rambut menggerbang, memang horror la wa cakap sama lu. Argh! aku jerit tapi suara tak keluar. terasa ingin pengsan. 

Tapi tiba-tiba 'benda' tu berubah, eh, daripada hantu jadi awek cun la pulak, mimpi jenis apa ni?so kita orang borak-borak lah. katanya nama dia Nisa,tengah baik punya sembang,tiba-tiba aku terdengar suara Gebeng. "Cer,bangun Cer" ujar Gebeng. Babi! kacau betul, tak nampak ke aku tengah sembang dengan awek cun ni. aku bukak mata, aku tgk ketepi, Gebeng tengah duduk atas kerusi sambil tangannya memegang notes. "pukul berapa?" tanya aku. "pukul 8"ujar Gebeng, sambil mata sedang memandang ke arah notes. aku bingkas bangun, naik atas,masuk bilik capai tuala, terus ke bilik mandi. sekarang, setelah beberapa tahun aku terfikir, itu mimpi aku yang paling paling paling indah(nak menunjukkan sangat indah), walaupun tidur sekejap, badan aku terasa segar macam dah tidur 6 jam saranan doktor.

Hurm, Nisa I miss you, bila nak masuk mimpi saya lagi?

Tuesday, July 12, 2011

aku anak seni

Aku jumpa aku punya masterpiece masa budak2 dulu. cakap banyak tak guna, korang baca je...


SEEMS TO BE RIGHT


Lies of the innocent spread,
turns the roses black.
A young girl denying the light,
believing in dark.
Seems to be right...


The jealousy blade thrust a man's heart,
he's bleeding white.
Forgetting the past,
he killed his own laugh.

The darkest mind rules the world of black hearts,
overjoy the wickedness of a crippled beast.
Seems to be right...


His name is nothing,
killed by the words,
symphony of his death heard by the deaf,
seen by the blind.
Seems to be right...


Loyal army led by king of lust,
crossing the red river,
to the war of love.
Nothing to gain,
nothing to lose.
Seems to be right...


Confessions of right mind.
Holding tight what seems wrong,
letting go his pride.
Bullet of doubt through his head,
He died broken hearted.
What seems right wont always be right,
What seems wrong will always thought wrong.



p/s :  agak2 boleh buat lirik tak?

Sunday, May 29, 2011

Ganu Gangster

Apa akan jadi kalau KL Gangster berlaku Di Terengganu?

cubaan untuk translate trailer kl gangster untuk menjadi satu produk negeri terengganu

SCENE KELUAR JAIL
Supi : Gane cuti panjang boh? dak dok?
Ereng  : cuti abih doh la.


SCENE ADY PUTRA
Tere : Abang dok abang, sape kaca aku gandeng.


SCENE  SYAMSUL YUSUF
Samso : Hor toh, abang besor tubek dok starang doh. aku ingat mu mapuh kerah doh.
Samso : Dok kire doh mu abang long ke, ayohnde ke, ganu ni aku pegang wekmok.


SCENE AARON AZIZ
Ereng : tunggu aku mapuh lu ar baru aku senyak


OK!! TIME TO SLEEP

Wednesday, April 6, 2011

Dilema Balik Kampung

Asal plak aku nak dilema bila balik kampung? cerita dia macam ni....tiap kali balik kampung mesti awek aku ajak kahwin. dia tak tau ke aku ni seorang jantan liar yang tak mungkin akan setia pada yang satu?aku bukan apa, aku tak berapa nak berkenan ar ngan perangai family dia terutama mak dia yang suka memperlekehkan aku sebab aku tak berupa, tak berharta & kurang ilmu agama ni. abang dia plak kaki pow. jumpa aku je mesti nak pow,apa kau ingat aku ni mesin atm kau?atm pon at least nk draw kena ada baki. Lu apa ada?habuk pn tarak. Lagi satu, perkara paling penting, kalau aku dah kahwin ngan dia, Lisa aku nak letak kat mana? dah la Lisa baru menang anugerah bintang populer kategori pelakon filem wanita paling populer. Memang aku takkan lepas ar dia. Aku bukan BODOH...

Oops...terlebih sudah. orang yang kenal aku mmg tau ar kan tu cerita tipu. Aku sebenarnya tension bila balik kampung je mesti overdose masakan ibu. baler baler....