Tuesday, October 12, 2010

Black Pepper Spicy Chicken Mcdeluxe *untuk masa terhad

Apa cerita Cer??

tadi aku pergi mengeluarkan peluh jantan yang macho bersama member2 seper"squash"an. on the way, aku singgah mcdonald, restoran makanan segera milikan asal yahudi untuk beli black pepper spicy chicken mcdeluxe yang dipesan saingku Pijan. Paloh telah meng "offer" dirinya untuk meng"order" kalau pekerja mcdonald  tu seorang perempuan.

aku decide untuk singgah secara drive thru saja. nasib Paloh memang baik sebab waitress tu seorang perempuan walau tidak secomel bakal bini ku Lisa Surihani. Lisa kiut giler siot pakai tudung dalam telenovela Tudung Ekspres tajaan garnier tayangan astro prima.

dah sampai je kat "kotak bercakap" mcd tu terus Paloh meng order dgn bergaya. di kaunter pembayaran, Paloh memulakan aksi bermesra dengan awek cashier. takde la bermesra pegang2 ke apa(dosa wei), cuma try to make a conversation.

"16 ringgit 80 sen" kata awek cashier sambil tersenyum.
aku pun menghulurkan bayaran sambil menunggu baki.
"hai Syikin(bukan nama sebenar)" ujar Paloh gaya kasanova pantai timur. sempat lagi dia tengok nametag awek tu.
"banyak lagi ke kereta kat depan tu?lama lagi ke?"pura Paloh seolah2 tidak nampak kereta di depan.
"kejap je" jawab cashier itu sambil memulangkan baki duit yang aku bagi.

dapat je baki tu terus aku ke depan untuk mengambil black pepper spice chicken mcdeluxe kiriman Pijan. nasib kitorang baik,awek jugak yang jaga bahagian "hulur order". sekali lagi aku memberi peluang kepada Paloh.

sambil mengambil black pepper spicy chicken mcdeluxe, Paloh sempat bertanya "ramai ke yang kerja kat sini??biasa saya tengok tak ramai". kali ni aku tak pasti apa jawapan awek tu sebab dah terlambat sangat. booking court pukul 9 malam, pukul 9.15 still kat mcd. kereta ku terus meluncur laju ke destinasi.

konklusi : aku kagum dengan  ke"slamber"an Paloh dalam cubaan teknik melayan wanita(ushar). aku pun nak jadi macam tu lah...

BOLEH KE AKU??

Monday, October 11, 2010

Episod Dua

Apa cerita cer??

tadi aku jumpa member kat kedai ikan bakar bawah jambatan Kuala Ibai. kedai tu mmg feveret aku bila balik kampung. tp aku tak pernah pulak makan ikan bakar kat sana,cuma lepak2 minum air,borak pasal politik, gosip artis tempatan dan bisnes juta2.

So back to the story, member aku baru habis belajar & dia cakap kakak ngan bapak dia nak sponsor dia buat bisnes. bukan dia handle sorg la. cuma diorang bukak syarikat, pastu dia manage la.so, aku pon terpikir. aku nak bisnes jugaklah. tapi bisnes ape ek??last bisnes aku lingkup. jangan ditanya ape bisnes aku buat. dan pada yang tau, buat2 taktau yek. aku suka bisnes2 nih, tp suka cakap je la dan bukan bisnes jenis cari downline tu pastu mengkayakan upline2 yang tak heran apa jadik pada orang bawah.

as a student, aku takleh la nak buat bisnes full time. aku ingat nak bisnes yang pakai skill mcm member aku ada buat. dia design baju. lawa weih dia punya art wa cakap sama lu. cakap pasal art, aku mmg fail. dulu masa sekolah time exam art, aku orang last hantar psl buat2 tak jadi,buat balik still tak jadi(ulang 10 kali). last2 tinggal 10 minit,aku amek krayon kaler biru, lukis bulat besar,pastu amek krayon kuning, aku lukis seekor binatang konon2 nya anak itik tapi mmg x macam anak itik. kaler background sket,pastu siap la suasana petang di tasik yang indah. FAIL!haha.

 kembali ke cerita bisnes tadi. aku ingt nak belajar design website. nanti ada masa aku nak belajar ngan cousin aku.