Monday, July 23, 2012

Pulang

Kepulangan gua ke kampung halaman kali ini adalah dengan misi untuk meraikan Ramadhan pertama bersama keluarga. Gua ni jenis lelaki keluarga(family man). Apa-apa pun keluarga di dahulukan pencapaian diutamakan. Macam biasa lepas selesai bersantap gua terus bersiap untuk ke surau. Gua godek almari selama 5 minit, akhirnya gua kenakan baju melayu sepasang bersama songkok 3 inci yang dah lama gua tinggalkan. "Dah macam YB nak melawat kawasan" ujar gua penuh keyakinan. Gua keluar bilik, abang gua dah sedia berada dalam kereta. Sepantas ayam katik gua berlari ke kereta takut ditinggalkan.


Baru saja gua melangkah masuk ke surau, bahu gua ditepuk kuat. "La, balik bukan nak cakap!" ujar si Boboi kaki lepak gua bila di kampung. Boleh tahan kurang adab si Boboi ni. Bukan nak salam cium tangan gua ke apa.  Gua buat buat muka terkejut. " Mana gua tau lu ada sini, apa lu dah berenti kerja kat Shah Alam tu?". "Aku amik cuti la. Ha!, Azroy pon ada sekali kat sini. Dia ajak lepak malam ni." "Comel la kalu gitu." gua mengangkat ibu jari tanda setuju.


Seperti mana belia yang lain, selepas 8 rakaat gua terus bangkit dan menuju ke kereta. Sekembali ke rumah gua terus ke dapur untuk mengisi kekosongan perut gua setelah berterawih sebentar tadi. Perut gua penuh berisikan keropok lekor bukti gua belia Terengganu sejati. Hampir-hampir terlupa akan janji gua nak keluar lepak sama Boboi & Azroy. Gua terus ke bilik dan capai baju petang tadi, "Wangi lagi ni." gua sarungkan baju petang tadi beserta seluar pendek belang-belang ala nak lepak Keyel , oh Keyel, Oh lupa bilang gua ni Keyel (Maaf gua lupa diri sebentar). Selang beberapa minit, Perodua Viva putih Boboi masuk perkarangan rumah gua.


Gua dan Boboi terus gerak ke rumah Azroy, sempat jugak gua dimaki sedas dua bila Azroy tau gua ada balik. Sesampai di kedai, masing-masing bukak cerita. Azroy, seorang yang gua tengok ada future menyatakan dia dapat offer untuk tukar kerja. Tukar kerja setahun sekali sudah menjadi kebiasaan Azroy. melihat keadaan Azroy sekarang, gua percaya dia akan hidup lebih steady dikala umurnya mencapai 30an. Boboi pulak masih lagi dengan kerja lamanya walaupun tiap kali jumpa pasti ada luahan hati berkenaan tempat dia bekerja. Gua masih lagi dengan status seorang pelajar senior lupa diri.


Pabila kerusi sudah terasa panas, 3 jantan pingitan ni buat keputusan untuk tukar port ke Pantai Batu Buruk. Mungkin kerana mood tepi pantai, kita orang mula bercerita pasal jodoh, mengenangkan masing-masing sudah cukup umur untuk menjadi bapak budak. Azroy bukak cerita "Aku nak bakal bini aku bukan lokal. maksud aku berasal dari negeri lain. supaya berlaku percambahan minda." Gua dah agak si Azroy akan cakap macam ni. Azroy ni bukan jenis fikiran mudah, apa-apa yang dibenak fikiran dan diluahkan pasti menjana minda. Gua percaya bakal bini Azroy bukan calang-calang, pasti paling kurang seorang doktor. Boboi ketika ini diam membisu. Gua dan Azroy sudah faham kerana soal jodoh ni memang berat bagi Boboi. Makwe idaman sudah menjadi tunangan orang. Sering hal ini gua dan Azroy jadikan bahan kutukan dan gurauan. Azroy yang lebih-lebih, bukan gua. Tanpa disedari waktu terus berlalu.




"Aku nak cari durian lah." ujar Boboi. gua tengok jam dah hampir 12.30. "Mana nak cari durian waktu gini?"  sahut gua kurang yakin. "Kita terai tengok kat Pasar Payang." Azroy memberi cadangan.


Perodua Viva putih meluncur laju ke Pasar Payang.....